Saturday, March 12, 2011

Review KONPIP 2011

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya, wakil BADIB dapat menghadiri dan menamatkan KONPIP (Konvensyen Pelajar Islam Pahang) 2011.

Namun, di sebalik kegembiraan dapat menghabiskan program, perlu kita sentiasa beringat, terutamanya adik-adik kita di Khairiah, bahawasanya ini hanya checkpoint atau perhentian dalam perjalanan yang sangat panjang.

Apa yang anda belajar daripada safar di Padang Tengku jangan dibiarkan dalam fail program dan kenangan sahaja. Ia adalah pemangkin untuk anda membuat langkah pertama.

Begitu juga bagi kami pihak alumni dan ummat Islam seluruhnya.

Beristiqamahlah dengan usaha yang kita lakukan, kerana istiqamah menyampaikan kita kepada tujuan.

Jika boleh, dari detik ke detik, hari ke hari, minggu ke minggu, cuba tingkatkan usaha kita.

Au'zubillahiminasyyaithanirrajeem.

" Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walau sebesar zarrah dan jika ada kebajikan sekecil zarrah, nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala besar daripada sisi-Nya"


( Surah An-Nisa' : 40)

Ayuh gerakkan langkah dan cekal beristiqamah!

Friday, February 11, 2011

Perancangan Program Latihan Pemimpin Islam (PELAPIS 2011)

Assalamualaikum,

Pihak GSC sedang merancang Program  Latihan Pemimpin Islam (PELAPIS 2011), tarikh yang ditetapkan adalah 18-20hb Febuari. Semua kelulusan dan kelancaran perancangan bergantung pada pihak pentadbir sekolah dan BADIB sendiri..sekiranya ada info2 terbaru.ana akan upload disini.~ ADMIN

Saturday, February 5, 2011

Mesyuarat Pertama GenSyabab Club [GSC]

Tarikh : 14 September 2010 (Selasa)
Tempat : Pusat Pengajian Hassan Al-Banna, Taman Temerloh Jaya



Objektif :
  • Mengumpulkan kembali alumni-alumni BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) Al-Khairiah,Temerloh khususnya alumni tahun  2008-2010.
  • Membincang mengenai masalah & cara menanganinya.bagi BADIB dan Pelajar SMA Al-Khairah, T'loh.
  • Mengeratkan ukhuwah dan persahabatan di kalangan Alumni dari generasi yang berbeza.

 Agenda Liqo' :
  • Ketibaan Ahli-Ahli Usrah
  • Ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Tazkirah (the public out cry)
  • Taklimat Liqo'

Friday, February 4, 2011

Nafas Baru GenSyabab..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Bersyukur Kehadrat ilahi dengan Limpah rahmat dan keizinanny, GenSyababClub GSC atau lebih sinonimnya sebagai Majlis Alumni SMA Al-Khairiah, Temerloh dapat melebarkan sayapny di Blog. Segala makluman dan aktiviti yang akan dijalankan akan dimaklumkan disini..insyAllah..Semoga segala usaha yang dicurahkan kearah ini akan mendapat keredhaan dariNya..Amin
Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...