Saturday, March 12, 2011

Review KONPIP 2011

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya, wakil BADIB dapat menghadiri dan menamatkan KONPIP (Konvensyen Pelajar Islam Pahang) 2011.

Namun, di sebalik kegembiraan dapat menghabiskan program, perlu kita sentiasa beringat, terutamanya adik-adik kita di Khairiah, bahawasanya ini hanya checkpoint atau perhentian dalam perjalanan yang sangat panjang.

Apa yang anda belajar daripada safar di Padang Tengku jangan dibiarkan dalam fail program dan kenangan sahaja. Ia adalah pemangkin untuk anda membuat langkah pertama.

Begitu juga bagi kami pihak alumni dan ummat Islam seluruhnya.

Beristiqamahlah dengan usaha yang kita lakukan, kerana istiqamah menyampaikan kita kepada tujuan.

Jika boleh, dari detik ke detik, hari ke hari, minggu ke minggu, cuba tingkatkan usaha kita.

Au'zubillahiminasyyaithanirrajeem.

" Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walau sebesar zarrah dan jika ada kebajikan sekecil zarrah, nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala besar daripada sisi-Nya"


( Surah An-Nisa' : 40)

Ayuh gerakkan langkah dan cekal beristiqamah!

No comments:

Post a Comment

Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...